Untuk tempahan atau pertanyaan, sila isi form ini ye.. ;-)

Name:
Email Address:
H/P No:
Location:
Order Code:
Enquiry (if any):

This contact form was created by Freedback.

Tuesday, July 27, 2010

--<-;@ Tips memilih warna manik

Share
Dalam kehidupan kita, keserasian adalah perkara penting yang perlu ada dalam setiap aspek kehidupan. Begitu juga keserasian dalam pemilihan pasangan hidup manik yang hendak di jahit...

1) Kalau baju bunga-bunga tu, biasanya kami akan match kan warna manik dengan corak-corak yang ada, kena matching la warna tanah n warna bunga tu kan...bagi nampak mengelip je bila pakai ehehhee..

2) Bagi baju kain kosong pula, kami akan matching kan dengan warna pada corak kain. Jadi takde la nampak pelik je corak2 manik/labuci/beads yang dijahit pada baju tu kan...kalau ada tudung yang nak di'match'kan (mcm perosak bahasa jer..huhuu), boleh juga digandingkan dengan warna tudung yang ada...

3) Selain itu, manik juga dipilih berdasarkan design n fabrik baju yang hendak dijahit. Ada manik yang sesuai untuk kain yg tebal sedikit macam Thai Silk, ada manik n design yang tak sesuai dengan kain syifon...contoh la kan...jadi setiap design, manik dan fabrik perlu diambil kira sebelum jahitan boleh dibuat...

Rasanya 3 tu je lah tips ringkas dan paling penting untuk kali ni... so bagi customer kami or bakal customer kami, adalah dinasihatkan untuk anda memberikan sepasang lengkap (baju & kain) kepada kami untuk dijahit manik. Bagi baju yang mempunyai corak yang sama untuk baju & kain, tidak mengapalah jika hanya memberi baju sahaja. Tetapi bagi baju kain kosong, sebaiknya berikan kami kainnya sekali agar mudah kami mencari manik yang sesuai...

Sekian terima kasih.... Selamat Hari Raya...wah advance nyer...!! hehheee

No comments: