Untuk tempahan atau pertanyaan, sila isi form ini ye.. ;-)

Name:
Email Address:
H/P No:
Location:
Order Code:
Enquiry (if any):

This contact form was created by Freedback.

Friday, June 25, 2010

--<-;@ Tempahan dari Kak Tintin @ RM20.00 sahaja..!!

Share
Baju ini adalah tempahan terbaru dari Kak Tintin...cabaran menjahit kaedah begini adalah sukar untuk memasukkan tangan kita untuk menjahit manik dan labuci tersebut...walaupun nampak ringkas tetapi memerlukan penelitian dan kesabaran untuk menjahit di tengah-tengah tangan baju tersebut, berbeza jika menjahit di hujung tangan sahaja

CODE: BDPE022


By the way... terima kasih daun keladi ye kak...lain kali boleh tempah lagi... :-)

Friday, June 18, 2010

--<-;@ Jahitan simple tapi menarik @ RM18.00 - RM20.00

Share
'Purplelicious Berbunga' ini berharga RM20.00 sahaja. Menggunakan manik emas yang berkilat dan konfem tak luntur
CODE: BDPE017


'Merahnye Makngah' ini berharga RM18.00. Manakala jika mahu dijahit pada lehernya juga hanya perlu menambah RM10.00 sahaja. Jahitan di leher tersebut adalah gabungan manik dan Mata Lalat
CODE: BDPE018


Kurung Hijau ini berharga RM20.00, dengan jahitan yang menegak dan sedikit tebal.
CODE: BDPE019


'Purplelicious Plain' ini hanya berharga RM18.00 sahaja.
CODE: BDPE020

Wednesday, June 16, 2010

--<-;@ Jahitan simple di tangan @ RM25.00 sahaja..!!

Share
Corak ringkas ini sesuai untuk pakaian kerja harian anda.

CODE: BDPE014


CODE: BDPE015


CODE: BDPE016

--<-;@ Jahitan Lurus & Bercorak @ RM30.00 - RM35.00

Share
Jahitan-jahitan yang simple dan menarik...

Corak sebegini berharga RM30.00 (tangan sahaja)
CODE: BDPE011


Jahitan di tangan dan leher berharga RM33.00
CODE: BDPE012


Jahitan di tangan dan bawah baju yang berharga RM35.00 (di dalam gambar adalah Baju Kurung Kedah)
CODE: BDPE013

Thursday, June 10, 2010

--<-;@ Jahitan Bercorak di Tangan dan Badan @ RM50.00

Share
Jahitan bercorak penuh seperti ini adalah sesuai untuk baju kain kosong.
Jika anda mempunyai corak yang di design sendiri, pihak kami juga boleh mempertimbangkan untuk menjahitnya bagi pihak anda. Harga adalah mengikut corak, manik, beads & labuci yang bakal digunakan. Sila emel atau sms kami untuk maklumat lanjut

CODE: BDPE010

Wednesday, June 9, 2010

--<-;@ Jahitan untuk Baju Kebaya @ RM40.00 - RM65.00

Share
Jahitan seperti kebaya hijau di bawah adalah berharga RM40.00
CODE: BDPE006


Untuk Kebaya Biru ini berharga RM45.00. Jahitannya menggunakan manik silver yang berkilau dan menyerlahkan corak manik di atas sulaman tersebut.
CODE: BDPE007


Jahitan untuk Kebaya Maroon ini berharga RM50.00. Ianya ditambah dengan corak-corak bunga di badan. Jika corak bunga tersebut mahu dipanjangkan sehingga ke bawah, hanya perlu menambah RM10.00 sahaja.
CODE: BDPE008


Jahitan seperti Kebaya Kuning ini berharga RM65.00. Manik dijahit di kedua-dua tangan dan lining baju tersebut. Selain itu corak seperti ini adalah menggunakan manik emas bulat yang berkilat dan akan menyerlahkan corak jahitan tersebut.
CODE: BDPE009

Monday, June 7, 2010

--<-;@ Manik tabur dan bercorak di tangan dan leher @ RM60.00 - RM70.00

Share
Harga untuk tempahan sebegini adalah bergantung kepada jenis kain. Bagi jenis kain seperti Thai Silk harganya adalah serendah RM60.00, manakala bagi kain-kain seperti Syiffon ianya boleh menjangkau sehingga RM70.00. Pada dasarnya, jenis fabrik juga memainkan peranan dalam penghasilan jahitan yang kemas dan cantik. Dan penelitian adalah method penting bagi jahitan seperti ini.

CODE: BDPE004

(baju putih fabric crepe ini mempunyai lining satin yang licin....kombinasi manik, beads dan labuci menampakkan rekaan lebih eksklusif...)

CODE: BDPE005

(baju biru ini adalah daripada kain syiffon tanpa lining...jahitan manik tabur yg simple..)

--<-;@ Jahitan Bercorak @ RM40.00

Share
Pihak kami menggunakan manik yang berkualiti dan di jamin tidak luntur....
Rekaan ringkas tapi menarik begini pasti akan lebih menceriakan hari-hari bekerja anda....

CODE: BDPE001


CODE: BDPE002


CODE: BDPE003

Tuesday, June 1, 2010

--;-<@ Salam Perkenalan...

Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pihak kami dari blockduapuluhempat ini adalah berlandaskan satu minat yang sama iaitu seni jahitan manik. Pada peringkat awalnya kami menjahit hanyalah untuk suka-suka iaitu sebagai hiasan pada baju sendiri sahaja khasnya untuk ‘baju raya’, malah ada antara kami yang telah mula menjahit manik pada pakaian sendiri semenjak zaman persekolahan lagi.

Memandangkan trend menjahit manik ini menjadi semakin popular, pihak kami ada juga menerima tempahan dari sahabat handai yang terdekat, yang betah menilai hasil kerja tangan kami berdasarkan pakaian harian yang di pakai semasa bekerja. Maka secara tidak langsung pihak kami menjadi ‘model tak bertauliah’ kepada trend menjahit manik ini.

Hari demi hari, tahun demi tahun tempahan yang kami terima menjadi semakin bertambah, maka dengan ini kami abadikan kerja tangan kami ini melalui blog ini demi memudahkan sahabat handai dan client-in-future kami membuat rujukan dan pilihan sebelum memilih kami selaku pelengkap hiasan di pakaian anda.

Profail dan latarbelakang

Kami terdiri dari 3 sahabat, yang sememangnya tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam kemahiran menjahit manik. Menjahit hanya melalui idea-idea sendiri, perbincangan, mahupun contoh-contoh yang dilihat disekeliling kami.

Semoga latar belakang kami yang terlalu berbeza ini tidak akan menjadi penghalang buat kami untuk mencurahkan idea-idea seni dan seterusnya tidak akan menjadi kayu pengukur kepada hasil kerja kami kelak dan insyaAllah kami sentiasa berusaha dan memberikan yang terbaik hanya untuk anda...terbaik dari ladang...oopppsss terbaik dari blockduapuluhempat..!!! ;-)

Contact Us

Buat masa ini pihak kami menerima tempahan untuk anda yang berada disekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Bukit Jalil, Seri Petaling, Kinrara dan sekitar bandar KL yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Ini adalah bagi memudahkan kami menerima dan memulangkan pakaian anda secara by hand kelak.

Kami boleh dihubungi melalui emel blockduapuluhempat@gmail.com

Semoga kita akan dapat bekerjasama dengan baik di masa yang akan datang.. Ameen