Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pihak kami dari blockduapuluhempat ini adalah berlandaskan satu minat yang sama iaitu seni jahitan manik. Pada peringkat awalnya kami menjahit hanyalah untuk suka-suka iaitu sebagai hiasan pada baju sendiri sahaja khasnya untuk ‘baju raya’, malah ada antara kami yang telah mula menjahit manik pada pakaian sendiri semenjak zaman persekolahan lagi.
Memandangkan trend menjahit manik ini menjadi semakin popular, pihak kami ada juga menerima tempahan dari sahabat handai yang terdekat, yang betah menilai hasil kerja tangan kami berdasarkan pakaian harian yang di pakai semasa bekerja. Maka secara tidak langsung pihak kami menjadi ‘model tak bertauliah’ kepada trend menjahit manik ini.
Hari demi hari, tahun demi tahun tempahan yang kami terima menjadi semakin bertambah, maka dengan ini kami abadikan kerja tangan kami ini melalui blog ini demi memudahkan sahabat handai dan client-in-future kami membuat rujukan dan pilihan sebelum memilih kami selaku pelengkap hiasan di pakaian anda.
Profail dan latarbelakang
Kami terdiri dari 3 sahabat, yang sememangnya tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam kemahiran menjahit manik. Menjahit hanya melalui idea-idea sendiri, perbincangan, mahupun contoh-contoh yang dilihat disekeliling kami.
Semoga latar belakang kami yang terlalu berbeza ini tidak akan menjadi penghalang buat kami untuk mencurahkan idea-idea seni dan seterusnya tidak akan menjadi kayu pengukur kepada hasil kerja kami kelak dan insyaAllah kami sentiasa berusaha dan memberikan yang terbaik hanya untuk anda...terbaik dari ladang...oopppsss terbaik dari blockduapuluhempat..!!! ;-)
Contact Us
Buat masa ini pihak kami menerima tempahan untuk anda yang berada disekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Bukit Jalil, Seri Petaling, Kinrara dan sekitar bandar KL yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Ini adalah bagi memudahkan kami menerima dan memulangkan pakaian anda secara by hand kelak.
Kami boleh dihubungi melalui emel blockduapuluhempat@gmail.com
Semoga kita akan dapat bekerjasama dengan baik di masa yang akan datang.. Ameen
No comments:
Post a Comment