Selamat datang kepada 2011...semoga tahun baru ni memberikan keazaman baru buat kami agar boleh update hari-hari blog nie...hehehheee...
Straight to the point...baju kali nie adalah milik Eina...dah lama siap sebenarnya....dia pun nak pakai wedding adik nya awal Disember yang lepas...gambarnya ada di sini...
Sebenarnya baju ni memang dah bersulam...so hanya tambah manik sahaja...Eina request sebab tak nak nampak kosong kat depan baju tu...then ditambah manik jelujur jer sampai ke bawah dan hujung tangan...

Untuk yang berminat harga nya untuk satu kebaya ni RM50.00 sahaja... rasanya tak payah coding la ye sebab jahitan begini bergantung kepada corak sediaada di baju tersebut..beza jika baju ni memang plain jer..
Corak bulat tu dibuat konon-kononnya nak nampak macam button 3 serangkai kat kebaya tu kan...tapi tu permanent terus hehhehee..
Jahitan dihujung tangan dan baju yang simple ajer sebab dah ada sulam-sulaman tu..